loading...

Ibu rakam video anak lumpuh selepas kepalanya dijangkiti kutu babi


AMERIKA SYARIKAT - Pasangan suami isteri di Oregon merakam video anak perempuan mereka 
yang tiba-tiba tidak dapat berdiri menggunakan kakinya, viral di media sosial, lapor CBS News.

Dalam kapsyen video tersebut, ibunya, Amanda Lewis, menjelaskan bagaimana anak
 perempuannya, Evelyn, 3, tiba-tiba berkelakuan di luar kebiasaan dan tidak mahu berdiri
 selepas mandi. 

"Evelyn mula berkelakuan lain dari biasa pada malam semalam sebelum waktu tidur. Dia tidak 
mahu berdiri ketika saya mahu memakaikan pakaian tidurnya selepas mandi. Saya terpaksa
 tolong dan angkat dia ke katil. Akhirnya saya tertidur bersama dengannya sepanjang malam. 

"Pagi keesokan hari, Evelyn mengalami masalah sukar berdiri. Dia tidak dapat berjalan atau 
merangkak, malah tangannya juga tidak berfungsi. Kami bawa dia ke hospital selepas
 kami merakam video ini kerana simptomnya semakin teruk," tulisnya. 

Pemeriksaan doktor mendapati, terdapat kutu babi di rambut Evelyn. 
"Doktor kata, dalam tempoh 15 tahun yang lalu, dia pernah melihat lebih kurang tujuh atau
 lapan kanak-kanak sebaya Evelyn yang mempunyai gejala serupa dan percaya mungkin 
masalah yang sama berlaku pada anak kami. 

"Mereka menyikat rambut Evelyn dan menemui kutu babi bersembunyi di rambutnya," tulis Lewis. 

Menurut doktor berkenaan, apa yang berlaku pada Evelyn dikategorikan sebagai lumpuh dan
 jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kanak-kanak itu meninggal dunia. 

"Saya lega kami segera bawa dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kepada ibu bapa 
di luar sana, jika anak-anak anda berkelakuan lain dari kebiasaan, periksalah rambut mereka.
 Saya kesal saya tak dapat kesan kehadiran kutu itu lebih awal di rambutnya dan
 langsung tak terfikir anak jadi begini disebabkan kutu," tulisnya. 

Doktor telah berjaya membuang kutu babi di rambut kanak-kanak itu dan difahamkan 
keadaan Evelyn kini semakin pulih, meskipun mengambil masa sehingga pagi keesokan
 hari untuk kembali normal.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, penyakit bawaan 
kutu babi itu adalah penyakit yang jarang berlaku, dan pesakit mungkin lumpuh disebabkan
 oleh toksin yang dikeluarkan oleh kutu babi. 

0 Response to "Ibu rakam video anak lumpuh selepas kepalanya dijangkiti kutu babi"

Post a Comment